A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak

A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak ialah sebuah rancangan dokumentari khas yang diterbitkan oleh Dosfellas dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk siaran di National Geographic Channel. Dokumentari selama sejam ini menyingkap kehidupan dan kerjaya Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan sumbangannya kepada Malaysia. Ia ditayangkan di saluran National Geographic Channel (Saluran 552 Astro) pada 31 Ogos 2010 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53.